Sunday, 9 July 2017

Kata Kerja Aktif Transitif dan Kata Kerja Aktif Tak Transitif

Kata Kerja Transitif
- Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek selepasnya dalam ayat aktif. 
- Objek terdiri daripada kata nama, frasa nama atau klausa nama. 
- Tanpa objek, ayat yang terhasil tidak lengkap.
- Salah satu cara untuk kita mengetahui sesuatu kata kerja itu transitif atau tidak adalah melalui imbuhan yang digunakan dengannya.
- Kata kerja jenis ini menggunakan imbuhan meN-, mempeR-, meN-....-kan, meN-...-i,mempeR-...-kan, dan mempeR-...-i.

Contoh ayat kata kerja transitif :
1) Nelayan menangkap ikan.
2) Orang itu memperbesar rumahnya.
3) Ibu menidurkan adik.
4) Pekerja itu sedang membaiki atap rumah Siva.
5) Pelajar-pelajar mempersembahkan hasil kerja mereka.

Kata Kerja Tak Transitif

- Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya.
- Kebanyakan kata kerja jenis ini adalah dalam bentuk kata tunggal , atau menerima awalan ber- dan ter-.

Contoh ayat kata kerja tak transitif :
1) Adik sedang tidur.
2) Dia belum mandi.
3) Bayi itu bercakap.
4) Orang itu masih berdiri.
5) Meja itu segi empat.

Sunday, 2 July 2017

Bahasa Sanskrit

- Pengaruh utama adalah dari segi perbendaharaan kata.
- Banyak perkataan baharu diterima masuk ke dalam bahasa Melayu, iaitu perkataan-perkataan yang menyatakan aspek-aspek kebudayaan dari India dan hal-hal yang belum dialami oleh kaum bumiputera, yang meliputi bidang-bidang seperti: nama bahagian tubuh badan, barang-barang perdagangan, alat perkakas, nama binatang, tumbuh-tumbuhan dan senjata, perkataan-perkataan agama, ilmu pengetahuan, dan berbagai-bagai lagi.
- Antara contoh :
1) Nama tubuh badan – bahu, kepala , muka, dan rupa.
2) Barang perdagangan – neraca, laba, kedai, dan kodi.
3) Alat perkakas – bajan, pili, jala, penjara, dan sutera.
4) Ilmu pengetahuan – guru, pujangga, bahasa, sastera, dan bijaksana.
5) Nama binatang – gajah, singa, serigala, angsa, dan kuda.
6) Tumbuh-tumbuhan – biji, cempaka, cendana, delima, dan kasturi.
7) Senjata – cemeti, sauku(cambuk), dan sena (tentera).
8) Perkataan agama – dosa, surge(syurga), neraka, agama, dan puasa.
- Pengaruh bahasa Sanskrit terhadap bahasa Melayu disebabkan sifat bahasa Melayu yang mudah dibentuk dan dilentur untuk disesuaikan dengan segala keadaan dan keperluan.
- Mengikut sudut sejarah, satu-satunya factor utama yang telah menjadikannya bahasa yang mudah dipelajari, dan diterima sebagai bahasa perhubungan oleh orang-orang daipada berbagai-bagai masyarakt bahasa.
- Istilah ini timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina dalam tahun antara 644 dan 645 Masihi kerana istilah ini baharu dijumpai daripada kesan-kesan sejarah.
- Tulisan itu menyebut orang Mo-lo-yeu yang mengirimkan utusan ke negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja Cina.
- Berlaku perselisihan tulisan ini , ada yang mengatakan di Jambi,Sumatera.

- Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak tahun 683, dengan terjumpanya beberapa batu bersurat yang mengandungi bahan-bahan bertulis yang mengikut setengah-setengah pendapat ditulis dalam bahasa, yang bentuk dan susunannya dapat dikatakan bahasa Melayu kerana inilah bukti catatan yang tertua.

Bahasa Melayu Kuno

- Mengikut kenyataan di atas , bahawa bahasa Melayu mempunyai 200 bahasa dalam cabang Nusantara keluarga bahasa Austronesia.
- Bilangan penutur asalnya sederhana iaitu yang tinggal di sekitar Semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Riau, dan di Sumatera.
- Mengikut sejarah bahasa Melayu menjadi lingua franca (bahasa perantaraan) di daerah kepulauan Melayu sejak dahulu.
- Bahasa ini dijadikan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di kepulauan Melayu dan oleh orang-orang yang mendatang, seperti pedagang-pedagang dan pengembara dari Eropah,Asia Barat , India dan China.
- Bahan-bahan sejarah menceritakan kemunculan beberapa buah kerajaan penting, terutama kerajaan-kerajaan Hindu, sejak dari abad pertama tahun Masihi.
- Dengan pengaruh India, terutamanya agama Hindu, maka bahasa Sanskrit , iaitu bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan, digunakan dengan luasnya.

- Mengikut Ismail Hussein (1966: 10-11), “melalui pengaruh bahasa Sanskrit bahasa Melayu mengalami evolusinya yang pertama. Dari bahasa masyarakat yang agak rendah kebudayaan serta ilmu pengetahuannya, bahasa Melayu mengalami perubahan pertama ke arah bahasa sarjana, yang sanggup menyampaikan idea-idea baharu yang tinggi-tinggi”.

Austronesia

- Golongan Austronesia berasal dari Yunan dan telah turun,dalam beberapa bentuk gelombang pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara.
 - Ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum Masihi, iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto.
- Kira-kira dalam tahun 1500 sebelum Masihi, datang pula gelombang yang kedua, golongan yang disebut Melayu Deutro.
- Golongan Melayu Deutro menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara, dan telah memperlihatkan kepandaian berlayar dan bercucuk tanam.
- Masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik.
- Walaupun bagaimanapun, antara bahasa-bahasa yang berlainan hari ini masih dapat dilihat unsur-unsur persamaan.
- Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu keluarga bahasa besar yang bernama keluarga – bahasa Austris.
- Di samping rumpun Austronesia, terdapat dua rumpun yang lain dalam keluarga ini, iaitu bahasa-bahasa Austroasia dan Tibet.




     



- Rumpun bahasa Austronesia mempunyai empat cabang utama :-
  i) Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu.
 ii) Bahasa-bahasa Polinesia.
iii) Bahasa-bahasa Melanesia.
iv) Bahasa-bahasa Mikronesia.
- Selain daripada empat cabang utama terdapat bahasa-bahasa lain iaitu bahasa Hawai, Tonga dan Maori , bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, New Caledonia dan Irian, bahasa-bahasa di kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert.

                                                                                     




 


           



- Bahasa Melayu tergolong ke dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia.
- Cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200-300 bahasa.
- Golongan-golongan bahasa dapat dibahagikan seperti berikut :
1) Golongan Filipina : antaranya Tagalog, Iloko, Bikol, Bisaya, Sulu, Palau, dan Tombulu.
2) Golongan Sumatera : antaranya Aceh, bahasa-bahasa Batak (Karo, Tabo, Angkola-Mendailing, dan sebagainya), Minangkabau, Melayu, Nias,Lampung, dan Orang Laut.
3) Golongan Jawa : iaitu Sunda, Jawa, dan Madura.
4) Golongan Kalimantan : antaranya Iban, Kenya-Kayan, dan Melanau.
5) Golongan Bali-Sasak : iaitu Bali, Sasak, dan Sumbawa.
6) Golongan Gorontalo: iaitu Bulanga, Kaidipan, Gorontalo, dan Buol.
7) Golongan Tomini : antaranya Tomini, Tolitoli,Tinombo, Umalasa dan Dampelasa.
8) Golongan Toraja : antaranya Kaili, Bare’e dan Wotu.
9) Golongan Loinang : antaranya Loinang dan Banggai.
10) Golongan Bunku-Laki: antaranya Laki,Landawe, Mori, dan Mapute.
11) Golongan Sulawesi Selatan : antaranya Makasar, Bugis dan Seko.
12) Golongan Muna-Butung: antaranya Muna-Butung, Butung Selatan, Kerompa, dan Wolio.
13) Golongan Bima-Sumba : antaranya Bima, Manggarai, Timur, Alor, Roti, Solor, Kro’e, dan Kupang.
14) Golongan Ambon-Timun : antaranya Kai, Tanimber, Aru, Wetar,Bura, Goram , dan Bandar.
15) Golongan Sula-Bacon : antaranya dialek-dialek Taliabo, dialek-dialek Sula, dan bahasa Bacon.

16) Golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya : antaranya Halmahera Selatan,Nufur, dan Kowiai.

1,1 Pendahuluan : Asal Usul

- Penutur asli bahasa Melayu .
- Nenek moyang orang-orang Melayu.

- Berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia.

Saturday, 1 July 2017

Jenis Morfem

Morfem terbahagi kepada dua iaitu morfem bebas dan morfem terikat.

Morfem Terikat terbahagi kepada 3 iaitu Morfem Terikat Satuan , Morfem Terikat Kompleks dan Morfem Terikat Terbahagi.