Morfem
- Unit bahasa terkecil
• Berfungsi gramatis / menjalankan tugas nahu
• Dapat berdiri sendiri jika morfem bebas sahaja
• Bersifat bebas dan terikat
• Membentuk perkataan
Perkataan
• Unit bahasa terkecil
• Mempunyai makna lengkap
• Dapat berdiri sendiri
• Bersifat bebas (morfem bebas)
• Terbentuk daripada morfem
• Semua perkataan ialah morfem
• Bukan semua morfem ialah perkataan
2. Bentuk kata
Kata dasar
• Berbentuk:
• tunggal
• terbitan
• majmuk
• ganda
• Dapat diperluas = ditambah bentuk lain.
Kata tunggal
• Satu bentuk dasar sahaja – tidak alami perubahan
• Binaan satu atau beberapa suku kata
• Termasuk akronim
Kata majmuk
• Dua/lebih kata dasar dirangkaikan = alami proses pemajmukan
• Makna berlainan daripada maksud asal kata dasar
• Bersifat satu unit = tidak boleh disisipkan unsur lain
• Jenis: rangkaian kata bebas, istilah khusus, maksud kiasan
• Ejaan:
• Lazimnya terpisah
• Bercantum: 15 kata yang mantap/utuh
Kata terbitan
• Kata dasar yang ditambahkan imbuhan = alami proses pengimbuhan
• Jenis: awalan, akhiran, apitan, sisipan
Kata ganda
• Kata dasar yang diulang = alami pengulangan
• Jenis: penuh, separa, dan berentak (vokal, konsonan, dan bebas)
3. Kata kerja (KK)
KK Aktif
• Digunakan dalam ayat aktif.
• Jenis:
• KK aktif transitif
KK Aktif Transitif
• Digunakan dalam ayat aktif transitif – dalam predikat
• Diikuti objek (FN):
• 1 objek
• ...membonceng motosikal
• ...menamai tempat itu Tanjung Piai
• ...mendapatkan kot itu untuk kamu
• ...makan nasi
• ...terlanggar periuk lauk
• 2 objek (objek tepat dan objek sipi)
• ...membelikan adiknya buku
• ...menghadiahi saya jam tangan
• ...membawakan ayahnya air teh
• KK aktif tak transitif
• Digunakan dalam ayat aktif tak transitif – dalam predikat
• Tidak perlukan objek
• Jenis:
• Perlu diikuti pelengkap = KK aktif tak transitif berpelengkap
• ...tinggal di kampung
• ...membelok ke kanan
• ...berselimutkan kain buruk
• ...menjadi lemah
• Tidak perlukan pelengkap = KK aktif tak transitif tanpa pelengkap
• ...bermain bola lisut.
• ...terjatuh di padang.
• ...terperanjat besar.
• ...sudah berjanji dengan ibunya.
• ...bermain.
• ...terjatuh.
• ...terperanjat.
• ...sudah berjanji.
KK Pasif
• Terbit daripada KK aktif
• Digunakan dalam ayat pasif
• Jenis:
• KK pasif imbuhan pasif
• di- (oleh)
• di-...-kan (oleh)
• di-...-i (oleh)
• ter- oleh
• ber- (oleh)
• ke-...-an
• ...saya beli
• ...kujejaki
• ...kita cari
• ...kami pakai
• ...awak bawa
• ...tuan ucapkan
• KK pasif dengan kata “kena”
• ...kena halau
• ...kena buli
• ...kena tipu
4. Pelengkap – Objek – Penerang – Keterangan
Pelengkap
• Mengikuti KK tak transitif berpelengkap – dalam predikat ayat
• Tak boleh digugurkan
• Terdiri daripada KN, KA, & FS
Objek
• Mengikuti KK aktif transitif – dalam predikat ayat
• Tak boleh digugurkan
• Terdiri daripada FN
• Jenis: objek tepat & objek sipi
Penerang
• Mengikuti KN, KK & KA – dalam subjek & predikat ayat
• Boleh digugurkan
• Terdiri daripada KN, KA, KK dan FS.
Keterangan
• Hadir selepas FK dan FA
• Terdiri daripada FA dan FS
• Boleh digugurkan
Contoh :
• Air sungai mengalir dengan lajunya.
• Kerajaan telah membuat keputusan tentang PPSMI.
• Pelatih-peltih itu mahir dalam masa tiga bulan.
• Kanak-kanak itu tidur sungguh nyenyak.
• Dia sampai lewat benar.
• Dalam ayat majmuk keterangan: berupa klausa keterangan
• Jika digugurkan, jadi ayat tunggal
Contoh :
• Pertandingan diteruskan walaupun hari hujan.
• Ia bertempik terlalu kuat hingga serak suaranya.
• Mereka ke situ dengan menaiki motosikal.
• Saya terlewat kerana jalan sangat sesak.
5. SATU KATA PELBAGAI FUNGSI
dalam :-
• Kata adjektif – menunjukkan jarak
• Kata sendi nama – menunjukkan hala
• Kata arah – “sesuatu yang tiada ruang atau jarak”
untuk:-
• Kata sendi nama
• Kata hubung keterangan
• Kata hubung komplemen
mengenai
• Kata kerja – “kena pada”
• Kata sendi nama – dapat bertukar ganti dengan “tentang”
sampai
• Kata kerja – “tiba”
• Kata sendi nama – dapat bertukar ganti dengan “hingga”
akan
• Kata bantu aspek – menunjukkan masa bakal tiba
• Kata sendi nama – selepas KA emosi
No comments:
Post a Comment