Saturday 9 September 2017

Pengekodan Bahasa Melayu

- Istilah yang lebih biasa digunakan bagi maksud pengekodan ialah penyeragaman,iaitu proses menghasilkan satu variasi bahasa standard yang sempurna dan seragam dari aspek-aspek tatabahasa, ejaan, makna, dan sebutan.
- Ejaan : Usaha pengekodan yang paling berksesan bagi bahasa Melayu dalam tahun-tahun enam puluhan dan tujuh puluhan ialah mengemaskan sistem ejaan.
- Ini diusahakan dengan cara mengadakan satu sistem ejaan baharu yang mengatasi kelemahan sistem-sistem yang sedia ada.
- Perkamusan : Sesuatu bahasa yang sedang berkembang menambahkan jumlah perbendaharaan katanya, sama ada perbendaharaan kata biasa , mahupun yang bersifat khusus dan teknikal.
-Pertambahan ini perlu disusun dan dirakamkan untuk rujukan umum, terutama oleh kanak-kanak sekolah, iaitu bentuk kamus dan daftar-daftar kata.
- Tatabahasa : ada dua bahagian pada bidang tatabahasa; morfologi, iaitu bahagian pembentukan kata dan sintaksis, bahagian pembentukan frasa dan ayat.
- Perkataan dan frasa disusun menjadi ayat-ayat yang merupakan sebahagian daripada penghasilan bahasa.

No comments:

Post a Comment