Saturday 9 September 2017

Variasi Bahasa dan Bahasa Baku

- Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya.
- Satu variasi lagi ialah kelainan antara individu-individu, iaitu yang diistilahkan sebagai idiolek.
- Bahasa baku,mengikut Garvin dan Mathiot, ialah bahasa yang telah mengalami proses pengekodan, yang diterima oleh masyarakat dan menjadi norma kebahasaan bagi seluruh masyarakat itu.
- Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang.
-Variasi ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku, ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam semua situasi rasmi seperti dalam ucapan-ucapan, mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa.

No comments:

Post a Comment